Followers

Friday, July 20, 2012

Selamat datang bulan yang mulia....

 
Korang posa x? sgtlah rgi klu korang x posa cz byk fadhilatnya....percayalh...... 
 
ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka
 
FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt 5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang. 
 
 
So bulan posa ni sma-samalah kta prbyakkan amal ibadah....
 
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
  1. Solat sunat Tarawih
  2. Solat-solat sunat yang lain
  3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  4. Memberikan hidangan berbuka puasa .Banyakkan membaca tahlil
  5. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt .Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  6. Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  7. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.
 

1 comment:

  1. weyyy......
    mana page view.....
    pren added....... camner nak promote blog...... buat pren list tu... nanti abg review blog kat blog abg......buat ga pertama......
    tambah followers..... baru ohsemm......
    nie blog mati namanya.... abg sorang jer dtg baca.......

    ReplyDelete